Aidilfitri: MPKB-BRI sediakan tong roro di lokasi sementara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan menempatkan tujuh tong roro di lokasi sementara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia disediakan selama seminggu untuk orang ramai membuang sampah bermula 4 hingga 13 April ini.

Menurutnya, tujuh lokasi tersebut antaranya di Pos KB Seramik di Guchil Bayam, Pos Dobi di Guchil Bayam, Pos Ayam Dato’ Lundang, Pos Pak Dir Paya Rambai.

Selain itu, tong roro turut disediakan di Pos Hujung Tanjung Pengkalan Datu, Pos Futsal Kedai Buloh dan Pos Lorong Mustafa.

“Warga bandar diminta membuang atau meletak sampah ke dalam tong roro yang disediakan bagi mengelak berlaku pembuangan sampah yang melimpah.

“Semoga dengan kaedah ini kita dapat menyambut Aidilfitri dengan persekitaran yang baik,” ujarnya di sini.

Beliau juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah sesuka hati terutamanya di tempat yang boleh mengganggu pemandangan awam. – HARAKAHDAILY 6/4/2024

- Advertisement -