Siti Zailah taja seragam PASTI setiap tahun 

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang menyediakan peruntukan sebanyak RM37,000 untuk membeli pakaian seragam kanak-kanak yang belajar di PASTI tahun ini.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sumbangan berkenaan diberikan kepada 1,200 murid yang belajar di 23 PASTI di kawasan Parlimen berkenaan.

Katanya sumbangan itu diagih sejak berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang 16 tahun lalu.

“Sumbangan itu diharap dapat meringan bebanan ibu bapa murid PASTI ekoran peningkatan kos sara hidup sekarang.

“Kami turut menyumbangkan bantuan kepada sukarelawan PASTI yang berkorban mendidik anak-anak sehingga menjadi insan yang berakhlak mulia,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu Siti Zailah menyampaikan sumbangan pakaian seragam kepada pelajar PASTI di DUN Chetok di Kompleks Tarbiyyah Chetok (Komtik).

Pada majlis itu juga ibu bapa murid PASTI pula diberi sekampit beras dan sekotak kurma. Sukarelawan terbabit merupakan tenaga pengajar di PASTI AL Hasani Cabang Empat, PASTI At-Taqwa, Galok dan PASTI Ar-Rahman Pondok Sipol. – HARAKAHDAILY 4/4/2024

- Advertisement -