Chia Zhen anjur majlis ramah mesra, berbuka

- Advertisement -

ALOR SETAR: Majlis ramah mesra serta iftar anjuran Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat India, Cina, Siam dan NGO negeri, Wong Chia Zhen membuktikan sepakatan serta perpaduan pelbagai kaum meraikan Ramadan yang disambut oleh umat Islam.

- Advertisement -

Chia Zhen dalam ucapannya, menzahir rasa gembira kerana berpeluang merasa nikmat Ramadan bersama rakan-rakan beragama Islam apabila turut hadir meraikan majlis berbuka puasa sepanjang bulan mulia ini.

“Badan saya pun semakin gemuk kerana limpah nikmat bulan Ramadan ini, hadir bersama-sama rakan-rakan beragama Islam pada majlis berbuka puasa sepanjang bulan ini,” katanya ketika memberi ucapan alu-aluan pada majlis yang diadakan di Fuller Hotel, di sini, semalam.

Ujarnya lagi, beliau juga memahami pada bulan ini umat Islam disarankan berusaha menambah amalan baik serta mencari keberkatan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Sang Pencipta.

Malah, pihaknya juga turut prihatin membantu golongan kurang berkemampuan dengan sedikit sumbangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain pengamal media, majlis berkenaan turut dihadiri wakil agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin masyarakat dari pelbagai kaum.

Malah beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco tunggal PERIKATAN NASIONAL (PN) bukan Islam di Kedah sangat mengharap perpaduan semua kaum terjalin erat di negeri ini.

Pada majlis berkenaan, semua yang hadir menerima buah tangan berupa biskut raya. – HARAKAHDAILY 4/4/2024

- Advertisement -