Penjawat awam Kedah dapat bantuan khas raya RM500

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua penjawat awam kerajaan negeri bakal menerima bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan khas itu melibatkan 5,221 penjawat awam negeri dengan peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

“Bantuan khas ini akan diberi pada 8 April kepada semua penjawat awam kerajaan negeri menjelang Aidilfitri tahun ini,” jelasnya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM467,000 sebagai Bantuan Khas Hari Raya kepada 2,335 pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK).

Menurutnya, mereka bakal menerima RM200 yang akan dimasukkan ke akuan bank masing-masing pada 8 April ini. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -