Munajat rakyat Terengganu tuntut royalti ditangguh

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Program Munajat Rakyat Terengganu Kembalikan Royalti pada 6 April depan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini ditangguh ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat atas sokongan dan dukungan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha menuntut royalti.

“Di akhir Ramadan ini, marilah sama-sama kita terus memperbanyakkan doa agar negeri kita diberkati dengan pemimpin yang adil dan penduduk yang beriman lagi bertaqwa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tujuan program munajat itu diadakan adalah antara ikhtiar kerajaan negeri agar hasil petroleum dikembalikan kepada rakyat Terengganu.

Dalam masa sama, ia adalah satu jalan agar urusan perundingan penyaluran royalti ke negeri ini dipermudahkan. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

- Advertisement -