Mudahkan proses wang tidak dituntut kepada empunya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan digesa mencari jalan atau inisiatif memudahkan proses bayaran balik wang tidak dituntut kepada empunya yang layak, demikian syor Senator Abd Nasir Idris.

- Advertisement -

Beliau berkata, selain itu, Kementerian Kewangan juga perlu berusaha memudahkan cara proses semakan tuntutan wang tidak dituntut terutamanya kepada penduduk-penduduk di luar bandar. 

“(Serta) di kalangan warga emas yang mungkin tidak dapat mengakses sistem egumis secara atas talian ataupun kesukaran untuk menghadiri ke pejabat-pejabat atau kaunter jabatan akauntan negara,” ujar beliau.

Abd Nasir mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian berucap pada Perbahasan Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 di Dewan Negara, Parlimen, di sini hari ini.

Kementerian Kewangan juga tegasnya perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyamar sebagai ejen ataupun orang tengah dalam urusan membuat semakan atau tuntutan.

“Sehingga menyebabkan orang awam terpedaya menjadi mangsa penipuan. (Dan) sejauh manakah keberhasilan program taklimat kesedaran yang dianjurkan oleh Jabatan Akauntan Negara mengenai wang tidak dituntut.

“Serta inisiatif yang berbentuk advokasi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang wang yang tidak dituntut oleh mereka,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -