
KOTA BHARU: Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) meraikan ahli dan keluarga pada ‘Majlis Make Colek’ di sebuah hotel di sini malam tadi.
Warga KEMUDI dihimpunkan buat pertama kali selepas pemilihan saf kepimpinan baharu bagi penggal 2024-2026 yang berlangsung pada 1 Mac lalu.
Presidennya, Muhammad Yatimin Abdullah berkata, semoga pertemuan pada bulan mulia sekarang dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
“KEMUDI juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan strategik yang membantu menjayakan majlis ini termasuk Datuk Seri Vida; MZ GOLD Sdn Bhd; T.E.C United Auto Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
“Rakaman ucapan terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Negeri negeri Rohani Ibrahim kerana banyak membantu,” katanya pada program tersebut.
Pada majlis tersebut KEMUDI turut menyampaikan sumbangan berupa biskut raya dan sehelai jersi kepada ahli.
Selain itu ‘bonus’ Aidilfitri kepada ahli keluarga KEMUDI yang hadir. – HARAKAHDAILY 3/4/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!