Gunakan IPO System di penghujung Ramadan

Ustaz Nushi Mahfodz muncul dalam Program Tazkirah Zohor Ramadan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) di Kuala Lumpur pada hari ini, 3 April 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cabaran dan ancaman untuk mengejar lailatul qadar yang bersaing dengan persiapan raya boleh disusun dengan menggunakan IPO System dalam melalui hari-hari terakhir Ramadan.

IPO System Ramadan yang dikongsikan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor Semenyih, Ustaz Nushi Mahfodz adalah agar dapat mengetahui tujuan utama Ramadan dan membawa umat Islam yang sedang berpuasa ke jalan niat yang betul.

- Advertisement -

Beliau telah berkongsi ilmu beliau dalam Program Tazkirah Zohor Ramadan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) pada hari ini (3 April), yang diadakan secara online melalui Facebook HarakahDaily dan Facebook TV PAS.

Menurut beliau, umat Islam perlu mendapatkan gambaran besar tentang Ramadan dan erti kata Ramadan perlu dibesarkan dan diperluaskan bukan hanya sekadar berpuasa.

“Setiap ibadah perlukan niat di dalamnya. Zaman sekarang, niat diertikan sebagai mindset. Jadi, niat dan mindset ini perlu jelas.”

“IPO system, input, process, output ini sangat sesuai untuk mendapatkan tujuan jelas dalam menjalani ibadah Ramadan,” katanya.

Firman Allah SWT berkata:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Surah al-Baqarah ayat: 183.

Beliau menyatakan, ayat berkenaan menyebut berkaitan dengan iman, puasa dan taqwa. Iman Input, puasa (process), dan taqwa (output).

“Jika dikatakan berkaitan dengan iman, input iman inilah yang memastikan proses puasa berjalan lancar dan output nya akn menghasilkan taqwa.

“Sebagai contoh, peristiwa yang berada di bulan Ramadan adalah Perang Badar. Jika tiada iman di dalam dada tentera Islam, mereka tidak akan menjalani proses perang yang sempurna yang akhirnya menatijahkan kemenangan terbesar Islam,” jelas beliau.

Tambahnya, rasulullah S.A.W menuntut untuk mengejar lailatul qadar ini agar Allah memberikan 3 peluang terbesar iaitu orang yang berdoa akan dimakbbulkan, orang yang meminta akan dikabulkan hajatnya dan orang yang bertaubat akan diampuni dosanya.

“Hidupkanlah malam terakhir Ramadan ini dengan membaca al-Quran, berzikir dan berselawat kerana inilah warna-warni ibadah Ramadan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2024