RM60,000 bantu armalah di DUN Kijang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri golongan armalah diraikan kerajaan negeri melalui wakil-wakil rakyat.

- Advertisement -

ADUN Kijang, Dato’ Dr Izani Hussin berkata, seramai 360 armalah di DUN berkenaan diberi sumbangan berjumlah RM60,000.

Katanya, sumbangan berkenaan merupakan bantuan armalah bagi fasa 1 yang berjumlah RM60,000 disumbang kerajaan negeri sebagai bantuan ‘one-off’.

“Sumbangan diberi kepada golongan armalah yang berpendapatan rendah setiap tahun khususnya menjelang sambutan 1 Syawal.

“Kerajaan negeri tidak pernah melupakan golongan armalah dan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya pada program tersebut yang diadakan di Dewan Kem Kijang, semalam.

Menurutnya juga program tersebut dapat diadakan dengan kerjasama padu kakitangan Pusat Khidmat DUN Kijang, penghulu dan pemimpin masyarakat tempatan.

Dr Izani yang juga anggota Exco kerajaan negeri berharap umat Islam merebut peluang 10 akhir Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat.

“Kita jangan lepaskan peluang untuk beribadah kerana ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti dijanjikan Allah Taala,” ujarnya.

Selain itu kata beliau umat Islam dituntut menderma pada setiap malam walaupun hanya junlah yang kecil. – HARAKAHDAILY 2/4/2024