Kurta eksklusif percuma kepada peserta awal

Dr Haim Hilman Abdullah
- Advertisement -

ALOR SETAR: 100 ‘Food Rider’ dan ‘Grab Driver’ terawal akan menerima kurta percuma sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, agihan kurta percuma itu akan diadakan esok, jam 5.00 petang di Dataran Darul Aman, Jitra.

“Agihan ini melibatkan ‘Food Rider’ dan ‘Grab Driver’ di sekitar Kubang Pasu. Terhad kepada 100 helai kurta sahaja. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini,” katanya melalui siaran di media sosialnya, hari ini.

Sementara itu kurta-kurta yang ditawarkan bersaiz S hinggalah ke XL.

Dalam pada itu ujar Haim, tawaran itu sebagai sumbangan kepada golongan berkenaan antara yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Ayuh semua, datang beramai-ramai dan dapatkan kurta ekslusif ini secara percuma,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/4/2024

- Advertisement -