Gabung badan komuniti bangunkan agromakanan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang untuk menggabungkan badan komuniti bagi membangunkan industri pengeluaran makanan negara, terutama padi beras, demikian seru Senator Hussin Ismail.

- Advertisement -

Menurut beliau, sebanyak tujuh juta hektar tanah dibangunkan untuk komuniti pertanian, namun hanya sekitar satu juta sahaja dibangunkan untuk agromakanan.

“Setinjauan saya sekitar tujuh juta hektar tanah di negara ini yang dibangunkan untuk komuditi pertanian, tetapi hanya sekitar dalam satu juta dan ada data menyebutkan sekitar 800 ribu hektar sahaja yang dibangunkan untuk agromakanan. 

“Apakah tidak mungkin pihak kementerian mengadakan satu gabungan secara integrasi di mana badan-badan komuniti yang besar ini turut dimasukkan dalam program komplementari?

“Iaitu kepada tanaman komunitinya untuk sama terlibat dalam pengeluaran makanan negara, khususnya padi beras negara,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Negara hari ini.

Timbalan Menteri, Datuk Arthur Joseph Kurup walau bagaimanapun berkata, soalan tersebut akan dijawab secara bertulis kerana tiada kaitan dengan soalan asal.

Terdahulu, Senator Abdul Nasir Idris meminta kementerian menyatakan usaha yang dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam sektor tersebut.  – HARAKAHDAILY 2/4/2024