TANAH MERAH: Yayasan Amal Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (YAA) meraikan kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) pada Majlis Iftar dan Santunan Ramadan.
Sempena program itu seramai 260 penduduk di Tanah Merah menerima sumbangan daripada Yayasan Amal ASAS, pada program yang diadakan di Dewan Jubli Perak Membangun Bersama Islam MDTM.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan MDTM, Dato’ Samsuri Awang Mat berkata, semoga sumbangan berkenaan dapat meringankan beban mereka menyediakan kelengkapan Aidilfitri keluarga.
Katanya, YAA bermurah hati berkongsi rezeki dengan orang ramai termasuk kakitangan MDTM.
“Sekiranya banyak pihak sedia berkongsi rezeki, tentunya lebih lebih ramai penerima yang layak dapat menerima sumbangan.
“Terima kasih kami ucapkan kepada YAA yang sudi berkongsi rezeki dengan penerima di Tanah Merah,” katanya pada program berkenaan semalam.
Turut hadir wakil YAA Aiman Muslim; Setiausaha MDTM, Tengku Ahmad Zarir Tengku Abdul Rahim, Timbalan Ketua Whip MGTM, Wan Yusoff Wan Mustafa, Ahli-ahli Majlis dan pegawai MDTM. – HARAKAHDAILY 2/4/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!