Ibu saya orang kampung panggil Mek Esah – Hook Chee

Tiaw Hook Chee
- Advertisement -

KOTA BHARU: Masyarakat bukan Melayu yang tinggal di Kelantan mengakui hubungan antara kaum terjalin dengan baik.

- Advertisement -

Pempengaruh media sosial Tiaw Hook Chee atau lebih dikenali Archie Tiaw, 54, berkata ikatan persaudaraan antara kaum di Kelantan wujud sejak zaman dahulu lagi.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat hubungan kejiranan masyarakat pelbagai kaum di Kelantan.

“Ayah saya sendiri pun ada nama Melayu iaitu Pak Cik Awe. Kalau orang sebut nama Cina untuk cari dia memang orang kampung tak kenal,” katanya di sini.

Begitu juga, kata beliau panggilan untuk ibu dan abangnya yang dikenali Mek Esah dan Che Daud sehingga nama sebenar tidak dikenali.

Tambahnya, penggunaan panggilan mesra mengikut dialek Kelantan sebagai bukti keakraban rakyat pelbagai kaum di Kelantan.

Sementara itu, Pengerusi Hindu Sangam Malaysia Cawangan Kelantan, Dato’ Dr Kamalanathan pula memberitahu beliau jatuh cinta dengan Kelantan sejak hampir 50 tahun berada di negeri ini.

Katanya, beliau hanya pulang ke Kuala Lumpur hanya seketika dan akan pulang semula Kelantan untuk tempoh yang lebih lama.

“Keharmonian di Kelantan cukup terasa sehingga masyarakat bukan Islam begitu tenang berada di negeri ini.

“Perkara itu turut diakui masyarakat India Kelantan khususnya yang tinggal di Estet Kerila dan Pahi Kuala Krai,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 1/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -