KUALA LUMPUR: Sempena Hari Doktor Sedunia, Dewan Muslimat PAS (DMPM) menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua doktor atas usaha tanpa henti dalam memberikan rawatan perubatan, mempromosikan kesihatan dan memajukan pengetahuan dan inovasi perubatan.
Status yang dimuat naik melalui laman sesawang rasmi Facebook rasmi DMPM menyatakan Hari Doktor Sedunia merupakan suatu perayaan global yang bertujuan untuk menghormati sumbangan dan pengorbanan para doktor di seluruh dunia.
Tarikh 30 Mac setiap tahun telah dipilih sebagai sambutan Hari Doktor Sedunia. Profesion kedoktoran merupakan tugas mulia yang sangat penting dan berisiko serta dipandang tinggi oleh setiap lapisan masyarakat.
“Ia disambut setiap tahun pada tarikh yang berbeza di pelbagai negara sebagai pengingat akan peranan penting doktor dalam sistem penjagaan kesihatan dan kebajikan individu serta masyarakat,” katanya melalui laman sesawang Facebook rasmi DMPM.
Selain itu juga, Hari Doktor Sedunia berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh doktor, termasuk sifat kerja yang mencabar, pentingnya kesejahteraan doktor, dan keperluan sokongan berterusan untuk pendidikan perubatan dan infrastruktur penjagaan kesihatan.
Perubatan merupakan cabang ilmu yang dapat membantu manusia dan benda hidup lainnya untuk kembali pulih atau meningkatkan kesihatannya.
Pengorbanan masa juga menjadikan para doktor layak untuk dipandang tinggi.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh para doktor dalam komitmen mereka untuk menyembuhkan dan menyelamatkan nyawa. – HARAKAHDAILY 30/3/2024