KOTA BHARU: PAS melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menerima 50 borang keahlian baharu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Lebih mengejutkan majlis penyerahan borang menyertai PAS berlaku sejurus selepas Majlis Dialog Keharmonian Antara Kaum bertempat di sebuah hotel di sini, petang semalam. (Foto atas)
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad berkata, penyertaan masyarakat bukan Islam bersama PAS membuktikan masyarakat pelbagai kaum menerima apa yang dibawa kerajaan negeri Kelantan.
“Dalam keadaan peratusan rakyat Kelantan yang 95 peratus daripadanya orang Melayu, kemasukan 50 orang tersebut adalah angka yang agak signifikan di Kelantan.
“Ini adalah suatu berita yang menggembirakan kita di bulan yang mulia ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak DHPP Kelantan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Masyarakat bukan Islam di Kelantan sentiasa mendapat perhatian kerajaan, di mana mereka turut pelbagai bantuan disediakan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 30/3/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!