LESTARI adakan majlis iftar bersama seniman

- Advertisement -

PUCHONG: Permuafakatan Kesenian dan Kebudayaan Islam Serantau (LESTARI) telah mengadakan majlis iftar bersama-sama para seniman tanah air yang bertempat di sebuah restoran di sini.

- Advertisement -

Pengerusi LESTARI, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor memberitahu, tujuan majlis ini diadakan di antaranya adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara pengerak LESTARI dengan penggiat-penggiat seni tanah air. 

“Supaya objektif utama LESTARI untuk memperkasakan kesenian dan kebudayaan patuh syariah di Malaysia dapat dikongsikan bersama dan dioptimumkan melalui sokongan dan dokongan penggiat-penggiat seni tanah air kita,” ujarnya.

Seramai 14 orang anak seni telah hadir ke majlis tersebut, di antaranya ialah penyanyi Dato’ Siti Fairuz, Azian Mazwan Sapuan, Hasnol, Aan vokalis Ways, Isa vokalis kumpulan Gravity dan Nordin Jaafar penyanyi kumpulan nasyid AlarmMe. 

Tidak ketinggalan hadir adalah Adnan Othman, penyanyi era 1960an yang juga dikenali sebagai ‘The Beatles Malaysia’ di zaman kemuncaknya suatu ketika dahulu dan pelawak dan pelakon versatil Mat Over. 

Turut hadir adalah Umarul gitaris utama kumpulan Iklim, Joe gitaris kumpulan Visa serta Adeq dari kumpulan Farenheit dan majlis turut diserikan pasangan pelakon terkenal Wan Raja dan Yaya Maembong serta pencipta konten digital Avny Darvina. 

Juga pelawak, pengacara dan pelakon, Jaafar Onn, selain Azura Aziz penyanyi terkenal di  sekitar tahun 1990-an, Rena Tan mewakili SENIMAN serta Faez Amin, Adrea Abdullah dan Shukri Zainal.

Selain LESTARI sebagai penganjur utama, majlis iftar bersama seniman ini telah ditaja oleh beberap syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu EPIC Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ridzuan Ali.

Juga Pertima Terengganu Sdn Bhd iaitu CEOnya Syed Mohd Asdi Tuan Ngah dan Permint  Granite Sdn Bhd diwakili Pengurus Besar, Johari Pawanchik serta NGO Muslim Care Malaysia diwakili Presiden, Zulkifli Wahijan.

Pera tetamu turut dihiburkan dengan hiburan ringan berupa petikan gitar daripada Ahmad Samsuddin dan nyanyian DKay dari kumpulan Lestari Buskers, selain dilancarkan sebuah lagu raya terbaharu daripada Lestari Buskers yang berjudul Girang Ria Hari Raya. 

Ustaz Dr Riduan menyatakan, betapa perlunya memperuntukkan seni hiburan yang bersifat patuh Syariah menurut Islam kerana agama ini adalah panduan hidup serta membenarkan segala perkara baik dan mencegah segala kerosakan.

Jelasnya, hiburan sihat dan menjaga adab serta syariah sebagai Muslim bagi Malaysia yang bermajoritikan orang-orang Melayu dan beragama Islam, amatlah digalakkan bagi pengisian rohani dan jasmani manusia bertamadun.

LESTARI katanya, sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka semua dan bakal merancang beberapa projek kerjasama kesenian dan kebudayaan yang boleh melibatkan mereka bersama di masa hadapan. – HARAKAHDAILY 29/3/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -