INSKEN: Libatkan OKU pekak, bisu, cacat kekal

Saifuddin Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Orang Kelainan Upaya (OKU) dari kategori pekak, bisu dan cacat kekal perlu diberikan peluang bagi menyertai Institut Keusahawan Negara (INSKEN).

Dato’ Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata, golongan tersebut yang termasuk dalam kategori asnaf itu sewajarnya diberikan tumpuan oleh kerajaan.

- Advertisement -

“Walaupun tidak tercatat secara rasmi dalam kumpulan yang saya nak sebut ini dalam golongan asnaf, tetapi dia ada di situ yakni OKU yang ingin menjadi usahawan berniaga.

“Mungkin INSKEN ada kursus yang lebih spesifik kerana mereka memerlukan kemahiran yang mungkin berbeza terutamanya bagi OKU yang pekak bisu atau cacat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan semasa Manndzri Nasib (BN-Tengara) pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Manndzri meminta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan wujud kerjasama oleh INSKEP bersama pihak berkuasa agama negeri untuk membantu usahawan asnaf berjaya.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan yang diutarakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang itu merupakan idea sangat baik untuk dilaksanakan oleh agensinya.

Malah katanya lagi, pihaknya sentiasa memberi tumpuan kepada golongan yang dibangkitkan itu untuk terlibat dengan lebih baik dalam sektor keusahawanan dan koperasi.

“Di Kementerian kita sentiasa melaksanakan usaha menambahbaik jawatankuasa yang dahulu, dan ia yang pada hari dikenali Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita dan OKU.

“Antara lain untuk engage pemegang taruh di kalangan OKU untuk menyampaikan pandangan mereka dan kita akan teliti dan kita akan tampil dengan program yang bersesuaian,” katanya. – HARAKAHDAILY¬†21/3/2024

- Advertisement -