AS edar draf resolusi PBB gencatan senjata segera di Gaza

Antony Blinken dialu-alukan sebaik ketibaan beliau di Jeddah, Arab Saudi pada 20 Mac 2024. (FOTO: AFP)(
- Advertisement -

JEDDAH: Amerika Syarikat telah mengedarkan draf resolusi Majlis Keselamatan  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa ‘gencatan senjata segera dikaitkan dengan pembebasan tahanan’ di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, pihaknya sebenarnya telah  mempunyai resolusi yang dikemukakan sekarang iaitu di hadapan Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera, yang berkaitan dengan pembebasan tawanan, dan berharap banyak negara akan menyokongnya.

- Advertisement -

“Saya fikir ia akan menghantar mesej yang kuat, isyarat yang kuat,” katanya kepada media Saudi Al Hadath pada petang hari ini (Rabu, 20 Mac, waktu tempatan) ketika lawatan ke Arab Saudi untuk membincangkan perang antara Israel dan Hamas, lapor AFP.

AS yang merupakan penyokong utama Israel, sebelum ini menggunakan kuasa veto Majlis Keselamatan PBB untuk menyekat badan dunia itu daripada menggesa gencatan senjata segera di wilayah Palestin.

“Sudah tentu, kami berdiri bersama Israel dan haknya untuk mempertahankan diri… tetapi pada masa yang sama, adalah mustahak bahawa orang awam yang berada dalam bahaya dan yang sangat menderita – supaya kami memberi tumpuan kepada mereka, supaya kami membuat mereka satu keutamaan, melindungi orang awam, mendapatkan mereka bantuan kemanusiaan,” katanya.

Ketika di Jeddah, Blinken telah mengadakan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan dan kemudian mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sejurus selepas mendarat di negara itu pada awal Rabu, dalam pusingan pertama lawatan serantau yang akan merangkumi Mesir pada esok (Khamis 21 Mac, waktu tempatan) dan kemudian Israel.

Perjalanan itu adalah yang keenamnya ke Timur Tengah sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Okt 2023.

Lawatan Blinken berjalan selari dengan perbincangan di Qatar, di mana pengantara bertemu untuk hari ketiga pada Rabu dalam usaha baharu untuk mendapatkan gencatan senjata tetapi dengan sedikit petunjuk mengenai perjanjian yang akan berlaku.

Rancangan yang dibincangkan di Qatar akan menghentikan sementara pertempuran kerana tebusan ditukar dengan tahanan Palestin dan penghantaran bekalan bantuan dipertingkatkan.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata yentera Israel yang telah melancarkan serangan balas terhadap Hamas pada 7 Okt lalu, sebaliknya telah membunuh hampir 32,000 penduduk  Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -