Umum kurang harga BPI, tetapi tiada mekanisme?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menerangkan sedikit perincian dan mekanisme dalam pelaksanaan serta pelan kerajaan untuk mengurangan harga beras putih import daripada RM2 hingga RM3 seperti diumum semalam.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) turut meminta Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya kebenaran semua kontrak kerajaan untuk mengguna pakai sepenuhnya beras putih import (BPI) berbanding beras tempatan.

- Advertisement -

“Seterusnya, ada apa-apa tak pindaan kepada Akta Kawalan Beras ini untuk mengelakkan kartel berleluasa sekarang ini dengan pembelian beras oleh pihak kartel sehingga RM2,000 walaupun ditetapkan harga RM1,300 sahaja?” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup menyatakan kerajaan sedang sentiasa cuba sebaik-baiknya untuk menangani cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi oleh bukan sahaja negara kini tetapi juga banyak negara dalam dunia ini.

Kata beliau, hasil daripada mesyuarat bersama-sama NACCOL semalam, kerajaan telah memutuskan semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

“Semua kontrak kerajaan menggunapakai sepenuhnya beras putih import dan melalui kaedah ini bekalan tambahan beras putih tempatan sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran mulai dari bulan April.

“Kerajaan juga akan melakukan penurunan jualan harga runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuatkuasa pada hari ini dan soalan mengenai kartel pula akan dijawab secara bertulis,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/3/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -