Triti Laut Sulawesi belum boleh dinyahklasifikasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dokumen perjanjian persempadanan maritim Malaysia-Indonesia yang dikenali sebagai Triti Laut Sulawesi masih belum dapat dinyahklasifikasi, kata Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran).

“Isu dokumen ini diminta untuk dinyahklasifikasikan, namun dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada September lalu, ianya harus diklasifikasikan oleh kedua-dua Parlimen.

- Advertisement -

“Apakah usaha lanjut yang sedang dilakukan oleh kedua-dua negara berhubung dengan penyaklasifikasikan dokumen Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada Jun lalu,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini tadi.

Ronald Kiandee dalam soalan asal meminta kementerian menyatakan senarai perjanjian persempadanan maritim yang telah ditandatangani oleh kerajaan sehingga kini, serta tindakan susulan diambil oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, posisi masih tetap sama sehingga kini.

“Kementerian belum dapat menyaklasifikasikan dokumen itu pada waktu ini sehingga proses klasifikasikan dibuat oleh negara Indonesia di Parlimen mereka.

“Jadi selagi mana belum dapat klasifikasikan Parlimen Indonesia, kita tidak dapat mendedahkan atau mengklasifikasikan dokumen seperti yang dimaksudkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -