Serangan samseng di kawasan mewah Haiti: 10 terbunuh 

Mayat seorang mangsa (ditutup kain putih) yang mati ditembak di jalan raya mewah Petion-Ville di pinggir Port-au-Prince, Haiti pada hari ini, 18 Mac 2024. (FOTO: ARN News Centre)
- Advertisement -

PORT-AU-PRINCE, Haiti: Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh dengan laporan tentang rompakan, dan kecurian peralatan elektrik yang memutuskan bekalan kuasa, sehingga merebak di kawasan mewah kawasan mewah di pinggir bandar di ibu kota Haiti pada hari ini, angkara serangan kumpulan samseng.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, dia melihat sekurang-kurangnya sepuluh mayat, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya mempunyai lubang peluru di bahagian tubuh masing-masing, pada pagi ini, Isnin (18 Mac), waktu tempatan, di jalan-jalan mewah Petion-Ville di pinggir Port-au-Prince.

- Advertisement -

Mayat-mayat mangsa kemudiannya dikendalikan ambulans, namun pihak berkuasa tempatan belum mengulas mengenai kejadian yang menyelubungi kematian itu, lapor Reuters.

Penduduk juga melaporkan kejadian tembakan dan rompakan pada pagi Isnin di kawasan berhampiran Laboule, selepas jalan-jalan di sekitar Petion-Ville dikatakan sudah lengang.

Sementara itu, perkhidmatan elektrik EDH berkata, beberapa stesen telah diserang dan kabel, bateri dan dokumen telah dicuri.

Kumpulan samseng bersenjata yang telah meningkatkan kuasa mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengambil kesempatan daripada ketiadaan Perdana Menteri, Ariel Henry di negara itu pada awal bulan ini untuk meningkatkan keganasan, menyerang infrastruktur termasuk balai polis dan pejabat kerajaan.

Di bawah tekanan antarabangsa dan terkandas di Puerto Rico, Henry yang tidak dipilih mengumumkan peletakan jawatannya sementara menunggu pelantikan majlis dan penggantian sementara seminggu yang lalu, tetapi majlis peralihan masih belum dilantik di tengah-tengah perselisihan pendapat oleh beberapa kumpulan yang mengemukakan wakil.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, keanggotaan majlis itu boleh dimuktamadkan tidak lama lagi, dan kemas kini boleh dibuat kemudian pada hari Isnin.

Media tempatan melaporkan Gereja Katolik Haiti tidak akan mengambil bahagian dalam majlis itu, seperti yang dijangkakan sebelum ini, untuk mengekalkan ‘jarak moral’, walaupun dipetik sebagai berkata bahawa ia berharap semua sektor akan mencari penyelesaian kepada krisis berkenaan.

Terdahulu, oemimpin kumpulan bersenjata yang sudah lama berusaha untuk menggulingkan Henry telah memberi amaran tentang pertempuran untuk Haiti dan mengancam ahli politik yang menyertai majlis peralihan. 

Penduduk pula menghadapi kekurangan makanan dan rawatan perubatan yang semakin teruk apabila firma perkapalan telah menukar laluan.

Pada hujung minggu lalu, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF berkata, salah satu peti simpanannya yang mengandungi barangan penting untuk penjagaan ibu, neo-natal dan kanak-kanak telah dicuri dari pelabuhan utama Haiti.

Kehadiran pihak antarabangsa di Haiti juga  telah merosot kerana rasa tidak selamat telah meningkat; dengan PBB  kedutaan AS dan Kanada telah mengeluarkan kakitangannya dari negara iti pada bulan ini.

Pada hujung minggu, Republik Dominican yang berkongsi pulau Hispaniola dengan Haiti  telah memindahkan berpuluh-puluh rakyatnya dengan helikopter, manakala agensi berita Filipina, PNA berkata ia akan menghantar pulang sekurang-kurangnya 63 daripada 115 warganegaranya dan sedang mencari pilihan seperti menyewa penerbangan; memandangkan penerbangan komersial telah digantung.

Menurut anggaran PBB, kira-kira 17,000 penduduk telah meninggalkan kawasan metropolitan Port-au-Prince pada minggu lalu, dengan ramai daripada mereka telah pun dipindahkan.

Negara jiran Haiti telah memperkukuh sempadan mereka; sementara rancangan untuk campur tangan antarabangsa, yang diminta oleh kerajaan Haiti pada tahun 2022 dan telah disahkan oleh PBB hampir enam bulan lalu, masih ditangguhkan. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -