Janji PMX untuk air Kelantan bila akan tunai?

Dr Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah sekian lama menantikan peruntukan tambahan untuk mengatasi perkhidmatan bekalan air di negeri itu sebanyak RM500 juta yang telah diumumkan Perdana Menteri ke-10 (PMX).

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, PMX telah mengumumkan perkara tersebut pada 18 Jun 2023 yang lalu sebagai tambahan kepada RM1.7 bilion yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan untuk atasi masalah air bersih.

- Advertisement -

Dr Wan Martina mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian berucap pada Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, Parlimen, di sini sebentar tadi.

“Dalam pada itu juga, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan antara kementerian kewangan dan kerajaan negeri (Kelantan).

“Bilakah agaknya kerajaan akan menganugerahkan peruntukan ini kepada Kelantan? Saya juga mohon penjelasan akan keberkesanan jawatankuasa ini dalam membantu menyelesaikan masalah air di Kelantan,” soal beliau. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -