KPM dipersoal tidak jemput wakil kerajaan negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melibatkan atau menginteraksikan kedua belah pihak iaitu Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan.

Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mempersoalkan sama ada terdapat polisi-polisi baru diperkenalkan oleh KPM yang mengehadkan keterlibatan pihak kerajaan negeri.

- Advertisement -

Khususnya kata beliau, program-program yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri dalam jemputan program tertentu seperti telah tertular sebelum ini.

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pendidikan semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak perlu ikut garis panduan yang telah disediakan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Jadi patuhi garis panduan tersebut. Program-program jemputan ini dia mesti ada proses dia. Dan saya yakin YB, Exco semua tahu tentang garis panduan tersebut dan saya minta untuk dipatuhi sahaja,” jawab beliau. – HARAKAHDAILY 13/3/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -