Peningkatan harga ubat beri tekanan kepada rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempunyai perancangan yang rapi untuk menghadapi ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal antara lima hingga 10 peratus.

Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berkata, ini berikutan perkara tersebut boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan kepada rakyat lebih-lebih lagi kalangan mereka yang berada di dalam tekanan ekonomi ketika kini.

- Advertisement -

“Saya nak tahu sama ada Kementerian Kesihatan melihatkan masa depan, mungkin tidak menentu.

“Kita tidak tahu bila lagi akan berlakunya wabak, bila lagi pelbagai mungkin keadaan menyebabkan tekanan kepada Kementerian Kesihatan untuk menyediakan ubat-ubatan yang efektif kepada pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan bagi soalan asal Dato’ Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, tadi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Lukanisman Awang Sauni berkata, bahawa soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kapar merupakan soalan yang baik kerana melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

“Sememangnya kita sentiasa berwaspada dan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan dan juga kadang-kadang kita tidak dapat meramal keadaan ekonomi dan kestabilan mata wang kita untuk membeli ubat-ubatan.

“Selain kita mengubati pesakit-pesakit, kita juga menyedarkan masyarakat supaya dapat menjaga kesihatan bermula daripada awal, sehinggalah ke dewasa dan usia warga emas,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/3/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -