Harga benih padi diekploitasi, tapi tak berkualiti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melihat eksploitasi terhadap harga benih padi yang mana sepatutnya dijual pada harga RM40 hingga RM45 tetapi terpaksa dibeli dengan harga RM55.

Datuk Ustaz Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, beliau bersetuju dengan kerajaan mengawal selia harga padi supaya masalah yang dibuat kartel tidak berlaku.

- Advertisement -

“Tapi realiti di bawah sana Menteri, memang itulah rungutan-rungutan yang ada kepada petani-petani terutama dalam masalah untuk mendapatkan benih (padi).

“Jadi persoalan saya, saya nak fokuskan pada daerah Kerian. Yang tadi baru saya
saya bercakap dengan salah seorang daripada PPK sana, dia maklumkan juga, di sana mereka tidak mendapat untuk kuota untuk menjualkan benih di daerah Kerian.

“Terpaksa ialah mereka dapat daripada tauke-tauke luar daripada itu. Maka situlah kita tengok berlakunya eksploitasi yang begitu dahsyat,” ujar beliau.

Yang kedua menurutnya berkenaan dengan kualiti benih yang dijualkan kepada petani-petani pada hari ini.

“Saya harapkan juga kepada menteri dan juga pegawai-pegawai di belakang mungkin boleh lihat kerana realiti bawah berlaku memang kualiti benih yang ada kepada petani dapat hari ni memang amat mendukacitakan.

“Sehinggakan mereka mengalami masalah ketika untuk mendapatkan hasil yang untuk sasaran yang sepatut mereka dapat,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-Menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berterima kasih kepada Bagan Serai kerana mengambil perhatian atas perkara tersebut.

“Saya amat terima kasih itu juga perhatian para pegawai kita dan kita akan buat satu perkara yang besar-besaran dalam hal benih padi ini dan semuanya sekali dalam masa yang tidak berapa lama insya-Allah,” jawab beliau. – HARAKAHDAILY 11/3/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!