Wanita diseru kuat, gagah berdepan cabaran semasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hari Wanita yang diraikan pada hari ini diharap menjadikan kaum hawa di Malaysia terus menjadi pemangkin kepada pembangunan Negara, demikian didoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

- Advertisement -

Menurut beliau, bertepatan dengan tema sambutan Hari Wanita iaitu ‘Wanita Bangkit Menghadapi Cabaran’, beliau mengharapkan wanita di negara ini khususnya dan seluruh dunia amnya agar terus kuat dan gagah berdepan dengan cabaran.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini turut menyentuh mengenai usaha yang menyasarkan agar kaum wanita mengisi 30 peratus kouta sebagai penggubal dasar di mana sebenarnya masih belum dicapai. 

“Kalau kita tengok kuota penglibatan wanita di peringkat penggubal dasar masih belum mencapai 30 peratus. Di Parlimen Malaysia, penglibatan wanita yang menjadi penggubal dasar baru setakat 15 peratus. 

“Banyak lagi sebenarnya yang harus kita usahakan untuk menjadikan wanita berperanan dan membangunkan negara,” katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kelantan.

Beliau menegaskan, paling penting adalah wanita mesti menjaga maruah diri dan mempunyai jati diri yang kuat.

Menurutnya, ini kerana wanita juga merupakan khalifah Allah yang dilahirkan di dunia untuk memakmurkan bumi Allah. 

Wanita juga adalah katanya, pencorak masa depan ummah, iaitu jika baik wanita maka baiklah negara dan masa depan ummah terletak di tangan wanita. 

Justeru, beliau bersetuju dengan dasar yang baik untuk meningkatkan lagi kualiti dan jati diri wanita, penglibatan dalam menyumbangan pembangunan negara. 

“Cuma kita kena pastikan apa juga kerja yang dilakukan mesti mendapat sokongan atau dukungan suami dan anak-anak. 

“Ini sangat penting untuk memberi kekuatan kepada wanita. Tanpa wanita kita tidak akan mencapai matlamat. 

“Ini kerana kita melihat kejayaan di belakang seorang pemimpin lelaki sudah pasti ada seorang wanita,” ujarnya. 

Begitu juga tambah beliau kejayaan dalam satu keluarga adalah di bawah tangan seorang wanita. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -