BOGOTA: Ribuan rakyat Colombia di ibu negara dan bandar-bandar besar negara bagi membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh Presiden, Gustavo Petro serta menuntut agar kawalan keselamatan dipertingkatkan ketika negara berkenaan sedang bergelut dengan ancaman keselamatan daripada kumpulan bersenjata.
Merupakan Presiden berhaluan kiri, Petro menjadi Perdana Menteri Colombia sejak tahun 2022 setelah memenangi pilihan raya Presiden dengan majoriti hampir 700,000 undi, telah berjanji untuk memerangi kemiskinan dan ketidakseimbangan di negara itu, di samping menamatkan konflik dalaman negara itu yang telah berlangsung selama 60 tahun dan telah meragut sebanyak 450,000 nyawa rakyat di negara berkenaan.
Masalah dan isu keselamatan rakyat Colombia semakin bertambah apabila kerapnya berlaku pelanggaran perjanjian gencatan senjata, mengakibatkan rakyat khususnya yang tinggal di luar bandar terperangkap dalam pertempuran gerila, kumpulan separa tentera, kumpulan tentera dan kartel dadah, lapor Reuters.
Penunjuk perasaan juga mengkritik cadangan pembaharuan oleh Petro terhadap sistem pencen dan penjagaan kesihatan, di mana beliau mahu menghentikan kebergantungan kerajaan terhadap dana daripada swasta.
Beliau bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu dengan menyatakan bahawa ianya akan memberikan manfaat kepada penduduk miskin negara berkenaan.
“Ini adalah reformasi yang mendatangkan bencana dan bakal membawa negara ini ke dalam lubang. Sebab itu kita di sini,” ujar seorang ahli Kongres negara berkenaan.
“Kerajaan perasuah ini menjanjikan perubahan, dan telah memperdayakan rakyat Colombia,” tegas seorang penunjuk perasaan, Clara Prieto yang telah membalut badannya dengan bendera negara itu.
Bantahan yang berlangsung secara aman itu turut dilakukan di bandar-bandar lain seperti Medellin dan Cali di mana seramai 52,000 orang dipercayai menyertai bantahan itu. – HARAKAHDAILY 7/2/2024