Iran, Syria, Iraq rancang tubuhkan zon bebas bersama

Iran sedang berunding dengan Syria dan Iraq untuk penubuhan zon bebas bersama tiga hala. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

TEHRAN: Setiausaha Majlis Tinggi Zon Bebas Iran mengesahkan negaranya sedang berunding dengan 21 negara berbeza untuk mewujudkan zon bebas bersama, dengan lima daripada dokumen perjanjian telah ditandatangani.

- Advertisement -

Hojatollah Abdolmaleki berkata, Iran sedang berunding dengan Syria dan Iraq untuk penubuhan zon bebas bersama tiga hala, lapor SANA.

Pegawai Iran itu menyatakan bahawa penubuhan zon bebas ini akan mengakibatkan lonjakan pelaburan, dan Majlis Tinggi Zon Bebas Iran sedang serius meneruskan subjek dalam isu pembangunan ekonomi antarabangsa.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Iraq dan Syria untuk mewujudkan zon bebas bersama, dan pihak yang berunding telah menyatakan persetujuan mereka dalam hal ini, dan kami sedang menunggu mesyuarat tiga pihak,” katanya.

Abdolmaleki turut menyatakan bahawa penubuhan zon bebas bersama akan memberi manfaat kepada ketiga-tiga negara dan menjadikan akses Iran ke rantau Mediterranean sangat mudah. – HARAKAHDAILY 6/3/2024

- Advertisement -