Sejauh mana status projek tukar paip di Labuan?

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah di Labuan ialah masalah bekalan air dan elektrik yang tidak stabil dari Menumbok yang dihantar kepada Labuan, kata Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian).

- Advertisement -

Menurutnya, usaha untuk menukar paip air yang baharu di kawasan Labuan yang telah diluluskan adalah dalam perancangan.

Sehubungan itu, mantan Menteri Alam Sekitar dan Air itu ingin dapatkan penjelasan status projek penukaran paip baharu di Labuan.

“Berapa peratus sekarang dan sejauh mana ianya dapat diatasi?” tanya beliau pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mengemukakan soalan tambahan itu ketika mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa semasa menjawab pertanyaan Dato’ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan).

 Dr Suhaili dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah masalah bekalan air dan elektrik yang semakin meruncing di Labuan sehingga menjejaskan minat pelabur akan dapat diselesaikan dan status program-program yang akan diadakan di Labuan.

Menurut Dr. Zaliha, itu adalah masalah utama yang beliau telah jawab tetapi untuk pengetahuan juga sebenarnya projek-projek itu sedang dilaksanakan.

“Dan insya-Allah kita pada masa yang sekarang ini setakat ini empat projek yang penting mengambil jumlah RM25 juta yang itu kita akan laksanakan.

“Tetapi yang RM300 juta yang diberikan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri tempoh hari sedang kita dapatkan butirannya untuk kita melaksanakan sepenuhnya dengan memastikan bekalan air di Labuan itu akan dapat kita atasi dengan segera,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/3/2024

- Advertisement -