Harga barang naik bukan berita palsu – MP Parit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang agar menangguhkan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ekoran kejatuhan nilai Ringgit yang berlaku ketika ini, demikian kemuka Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit).

“Kami sebagai wakil rakyat tidak putus-putus mendengar keluhan rakyat bahawa mereka tidak mampu lagi menangani kenaikan harga barang kerana kos hidup ketika ini sangat tinggi, ianya bukan berita palsu.

- Advertisement -

“Saya ulang lagi sekali, kos kenaikan harga barang ini bukan berita palsu, naiknya tarif elektrik, naiknya bayaran bagi air, naiknya bayaran bagi Indah Water Konsortium (IWK), harga beras yang naik, begitu juga kos sara hidup yang lain-lain yang bertambah.

“Ini bukan berita palsu ianya adalah benar-benar berlaku,” kata beliau turut menggesa perlunya langkah segera untuk mengawal kadar inflasi ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.

Tambah Ismi, kenaikan kadar SST akan memberikan kesan segera kepada peningkatan kos perniagaan yang akhirnya akan disalurkan oleh peniaga kepada pengguna melalui harga barangan dan perkhidmatan lebih tinggi.

“Apatah lagi kebanyakan rakyat sedang menyiapkan persiapan keluarga mereka dengan pembukaan sekolah pada minggu hadapan.

“Wahai sang penguasa, kalaulah Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah benar-benar Kerajaan Madani, dengarlah keluhan rakyat marhaen di bawah sana,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/3/2024

- Advertisement -