Suara pembangkang: Apa kerajaan akan jawab?

- Advertisement -

SETAKAT ini, ada 8 cara untuk Ahli Parlimen menyuarakan pandangan di dalam satu-satu persidangan Dewan Rakyat:-

- Advertisement -

1. Perbahasan Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong, setahun sekali, had masa 12-15 minit;

2. Perbahasan Belanjawan (Bajet) Peringkat Dasar, setahun sekali, had masa 12-15 minit;

3. Perbahasan Belanjawan (Peringkat Jawatankuasa), setahun sekali, had masa 5-7 minit;

4. Sesi Pertanyaaan Bagi Jawab Lisan, setahun tiga kali (setiap persidangan 10 soalan sahaja dibenarkan), had masa 2-3 minit;

5. Pertanyaan Bagi Jawap Bertulis, setahun tiga kali (setiap persidangan 5 soalan sahaja dibenarkan); 

6. Sesi Kamar Khas (perbahasan dilaksanakan dalam Kamar Khas di luar Dewan Rakyat), setahun tiga kali, had masa 5-10 minit;

7. Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) yang dibentang oleh Kerajaan, hanya fokus kepada hal berkaitan RUU berkenaan sahaja, setahun 3 kali atau lebih (mengikut keperluan), had masa 3-5 minit; 

8. Usul-usul persendirian, setahun 3 kali, tertakluk kepada kebenaran Speaker Dewan Rakyat setelah selesai semua Rang Undang-undang dan Urusan-urusan Kerajaan, had masa 5-10 minit. 

Kesimpulannya, setiap Ahli Parlimen berhak dan diberi ruang untuk membawa apa jua isu ke dalam perbahasan Dewan Rakyat. Namun, ianya tertakluk kepada budi bicara dan had masa yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat. 

Oleh kerana ruang masa yang amat terhad, maka Ahli Parlimen perlu membuat ‘homework’ bagi mengenal pasti apakah isu yang paling utama dan paling penting untuk diketengahkan. 

Kemudian isu itu disusun pula mengikut portfolio dan bidang yang telah ditentukan kepada setiap Ahli Parlimen. Itu praktis yang kami lakukan di dalam PN setakat ini. 

Ketika ini, perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong masih berlangsung. YB Menteri dan YAB Perdana Menteri dijangka akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan bermula pada minggu hadapan, Isnin 11 Mac 2024. 

Kita tunggu apa jawapan Kerajaan. 

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -