Ferrari RM2.1 juta dicuri 28 tahun lalu, ditemui

Ferrari F512M berwarna merah ini dicuri daripada mantan pemandu Formula Satu, Gerhard Berger pada tahun 1995 di Grand Prix San Marino di Imola, Itali. (FOTO: The Times)
- Advertisement -

LONDON: Sebuah kereta mewah Ferrari yang dicuri 28 tahun lalu daripada bekas pemandu Formula Satu Britain, telah ditemui polis.

Polis Metropolitan, di sini dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Ferrari F512M itu telah diseludup ke Jepun selepas ia dicuri daripada Gerhard Berger pada April, 1995.

- Advertisement -

“Ferrari F512M yang dicuri itu mencecah nilai £350,000 (RM2.1 juta) dan telah hilang selama lebih 28 tahun sebelum kami berjaya menjejakinya dalam masa empat hari sahaja selepas mendapat maklumat mengenainya,” kata pegawai polis Metropolitan, Mike Pilbeam.

Kereta berwarna merah terang adalah salah satu daripada dua Ferrari yang dicuri, sementara sebuah lagi masih hilang, lapor BBC Sports.

Tambah Pilbeam, pasukan penyiasat polis telah bekerjasama dengan Ferrari dan pengedar kereta antarabangsa dalam siasatan yang ‘melalui  jalan berliku’, dengan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Kereta untuk kejohanan sukan lumba kereta itu telah dicuri ketika Berger menyertai Kejohanan Grand Prix San Marino di Imola, Itali.

Unit jenayah kenderaan terancang pasukan itu dan Agensi Jenayah Kebangsaan mendapati kereta itu berada di Jepun sehingga ia dibawa pulang ke United Kingdom pada akhir 2023.

Ferrari memaklumkan kepada pihak berkuasa pada Januari tahun ini, selepas ia menjalankan pemeriksaan ke atas model kereta itu, yang ia dibeli seorang individu di Amerika Syarikat. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -