Baru faham erti ‘tinggal sehelai sepinggang’

- Advertisement -

JERLUN: Mendengar keluhan mangsa kebakaran yang hilang harta benda, menjadikan beliau sebak seketika, demikan reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.

- Advertisement -

“Apabila mangsa sebut baharulah mereka faham erti ‘tinggal sehelai sepinggang’, saya turut merasa sebak dan memahami kesedihan yang mereka tanggung,” katanya.

Ulasnya lagi, kebakaran melibatkan pemilik rumah yang dikenali sebagai Lan, telah memusnahkan hampir keseluruhan kediamannya.

Apa yang tinggal pada mangsa hanyalah baju dan seluar yang dipakai sahaja manakala yang lainnya musnah dijilat api.

Walau bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Azhar dan beberapa jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyatnya (PKWR) bergegas ke Kampung Pida 6 Gerbi, apabila dilaporkan berlaku kebakaran.

“Petang semalam menjelang Asar saya dimaklumkan ada kebakaran di Kampung Pida 6 Gerbi.

“Ketika saya sampai, pasukan bomba sedang dalam persiapan untuk bertolak balik.

“Saya dimaklumkan ketika bomba tiba rumah itu sudah 80 peratus terbakar.

“Inilah yang orang dok kata, kalau kawaq (pencuri) masuk rumah, dia tak ambik semua tapi main dengan api, semua musnah,” tambahnya lagi.

Justeru, pihaknya akan membantu mangsa melalui saluran yang berkaitan selain menasihatkan mangsa agar membuat laporan polis dengan segera. – HARAKAHDAILY 27/2/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!