MP PN serius bawa isu rakyat dan negara ke Sidang Parlimen

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) akan mengambil peluang membangkitkan isu rakyat pada persidangan Parlimen yang akan bermula 26 Febuari ini.

- Advertisement -

Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, isu rakyat, kos sara hidup, masalah ekonomi semakin teruk, mata wang yang jatuh akan dibawa mereka ke Parlimen.

Menurut beliau yang juga Ketua Whip PN, dakwaan bahawa keadaan persidangan Dewan Rakyat yang dianggap seperti zoo itu bergantung kepada pada anggapan penilaian pihak-pihak tersebut.

“Pembangkang perlu membangkitkan pandangan, hasrat rakyat dan cadangan terhadap isu kerajaan. Tidak ada dalam sejarah dunia sekalipun pembangkang hanya berdiam diri dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau mengulas demikian ketika ditemui ditemui media selepas Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Dewan Perniagaan Cina malam tadi.

Takiyuddin turut memberitahu, Parlimen merupakan peluang untuk mengemukakan semua isu terutama dalam ucapan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita boleh bercakap apa sahaja. Adakah kerana kita pembangkang, terus dilabel sebagai ‘bad boy’ dan apabila jadi kerajaan, ‘suddenly’ jadi ‘good boy’,” soalnya.

Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan, sidang bakal berlangsung ini akan lebih serius bagi memastikan kewibawaan Parlimen sejajar fungsinya sebagai badan penggubal undang-undang negara. – HARAKAHDAILY 24/2/2024

- Advertisement -