Beras Madani: Kaji sebaiknya sebelum dilaksanakan

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji dengan sebaiknya sebelum memutuskan untuk memperkenalkan kategori tunggal beras putih yang akan dikenali sebagai Beras Madani. 

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman kerana sebelum ini sudah berlaku masalah ekoran tidak diputuskan dengan baik sesuatu pelaksanaan.

“Kita tahu kerajaan mungkin ada kumpulan yang berbincang tetapi apabila Presiden Persatuan Peruncitan Malaysia, bos Mydin dia kata saya sendiri macam tidak dilibatkan sebagai orang pengimport beras, jadi beras tu jadi dilema.

“Beras Madani itu dengan satu harga beras tempatan dan import maknanya kalau import mereka sudah import dengan harga RM38 10 kilogram (kg) tiba-tiba kena jual RM30.

“Kemudian harga beras tempatan RM24 hingga RM26 bagi 10 kg, mereka kena jual RM30 maknanya mahal,” katanya menggesa pihak kerajaan membuat penguatkuasaan di negeri-negeri yang menghasilkan beras,” ujarnya.

Menurutnya, ini kerana masih ada penanaman padi di Jabi, Besut walaupun tidak banyak, selain di Kelantan, Kedah, Selangor dan beberapa negeri di mana mereka sebenarnya banyak mengeluarkan tanam padi sendiri dan berhasil.

“Jadi soalannya di mana padi itu (beras) yang dihasilkan, jadi sepatutnya penguatkuasaan oleh pihak kerajaan memastikan beras tempatan itu kekal dengan harga murah atau sama dengan harga antara RM24 hingga RM26 dan tidak RM30.

“Bila dipantau oleh banyak pihak dan mereka tidak boleh jawab kalau betul RM30 dan dengan keputusan itu adakah boleh bertahan lama beras tu sebab pelbagai isu sebenarnya yang (berlaku).

“Sepatutnya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa, mereka mesti turun ke bawah pergi ke negeri-negeri dan buat pertemuan dengan Bernas supaya istilah di sini ‘jejak sungguh’ baru buat keputusan.

“Kita juga rasa malang sekali, bila saya sebut sesetengah negara mereka bagi subsidi bukan RM30 sepatutnya RM10 sahaja untuk 10 kilogram atau RM20 bagi orang susah,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara itu boleh dilakukan dengan mengenalpasti rakyat yang miskin menggunakan rekod di setiap negeri sebagaimana dalam data eKasih.

“Negeri kita sudah ada senarai kerajaan negeri dan Pusat ada yang kita sebut eKasih. Orang yang ada eKasih, kerajaan buat satu kad untuk beli beras dengan harga RM30 ditolak RM20, kita boleh buat macam tu, benda tidak susah untuk dibuat sekarang ini.

“Sistem dia keluarkan kad pengenalan, kalau kad Touch N Go pun boleh buat apatah lagi kita meletakkan cip dalam cip, dia (rakyat) tunjuk kad pengenalan automatik boleh tolak RM20,” katanya.

Mengambil contoh luar negara, kata Ariffin yang juga Adun Alur Limbat, di negara miskin mereka memberi subsidi melalui makanan ruji.

“Contohnya Mesir, roti tempayan dulu pernah (dijual) 5 sen kita orang luar beli pun 5 sen, sebiji yang RM3, tapi kalau beli di kedai harga RM1, jadi orang miskin boleh hidup orang kaya boleh hidup,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/2/2024