Peluang usahawan minat bisnes kosmetik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengusaha yang berminat untuk menceburi perniagaan produk kosmetik dan kecantikan disarankan agar menyertai Bio Founder Challenge 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, program berkenaan sesuai mereka yang berminat untuk sertai perniagaan kosmetik.

- Advertisement -

Katanya, Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mengambil langkah proaktif untuk membantu pengusaha tempatan mencapai impian.

“Lebih bermakna produk yang dihasilkan lebih terjamin aspek keselamatan,” katanya yang menambah bahawa setiap produk kosmetik dan penjagaan diri dikeluarkan Bio Tajmeel melalui prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah beliau, produk terbabit memiliki pendaftaran nombor notifikasi (NOT), menjalani ujian mikrob, ujian logam berat dan pendaftaran halal produk di bawah pengawasan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Ada usahawan tidak sedar keselamatan produk kecantikan dan kosmetik terutamanya melibatkan bahan terlarang seperti merkuri dan ‘hydroquinone’.

“Mereka hanya lebih mementingkan keuntungan segera dan tidak menitikberatkan keselamatan produk yang dijual di mana akan memberi kesan buruk kepada pengguna dalam tempoh panjang,” katanya. – HARAKAHDAILY  21/2/2024

- Advertisement -