ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyokong dan menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memajukan lagi industri berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Berikutan itu, program ‘Asia Applied Artificial Intelligence (A3i) Campus Asia Plus Short Mobility Programme’ diadakan dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Dato Ts Dr Zaliman Sauli, program ini merupakan inisiatif penting dalam memupuk kerjasama antara pelajar universiti dari Asia dalam bidang AI.
“Menerusi program ini, pengalaman akademik, sosial, dan budaya para pelajar dari pelbagai latar belakang dapat diperluaskan,” katanya.
Program selama 10 hari dengan menarik penyertaan pelajar dari University of Yamanashi (UY), Hangzhou Dianzi University (HDU), Pukyong National University (PKNU) dan UniMAP sendiri itu bermula semalam.
Antara objektif utama program tersebut jelas beliau, adalah untuk memperluaskan pengalaman akademik, sosial, dan budaya para pelajar dari pelbagai latar belakang.
Selain menurutnya, bagi meningkatkan pemahaman mengenai kecerdasan buatan serta memperkukuhkan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.
“Pelajar juga akan dibawa melawat industri di sekitar Pulau Pinang, yang akan memberi mereka pendedahan kepada amalan terkini dalam bidang teknologi dan inovasi,” tambahnya lagi.
Program diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin itu turut dihadiri, Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof Lee Chun Kwon dan wakil Pukyong National University, Korea Selatan, Prof Kim Jong Nam.
Selain UniMAP, Faizuddin Center of Educational Excellence, Thursinar Corperation, Ideria, Ahmad Travel Services, He&She Coffee, Anaqi Popcorn, Saadiah Cafe, Asputra Ikan Bakar, dan Aura Steamboat merupa penaja bersama program ini.
Kata Dr Zaliman, para peserta juga akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Perlis seperti Wang Kelian View Point, Gua Kelam, Kampung Warna Warni, dan Taman Herba Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024.
“Diharapkan, melalui kerjasama ini, akan tercipta rangkaian kerjasama yang kukuh dan berterusan dalam bidang akademik dan penyelidikan,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 20/2/2024