ARAU: ‘Jom Gomba Ikan dan Mengai Puyu’ menjadi medan merapatkan hubungan penduduk setempat.
Program anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) Permatang Keriang dan Kampung Rama itu diadakan di Rumah Inap FF Sejati, di sini, semalam.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli turut hadir menyemarakkan lagi suasana program dengan acara utama menangkap itik dalam bendang.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan harapan agar program seumpama ini akan terus dianjurkan untuk menarik minat lebih ramai anak muda dan orang dewasa dalam menjalani aktiviti komuniti.
Beliau juga menekankan pentingnya silaturahim dalam mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat tempatan.
Penduduk tempatan dilihat amat berbesar hati dengan sokongan dan perhatian daripada pemimpin masyarakat. – HARAKAHDAILY 19/2/2024