PAS sokong komunikasi dan pemahaman kaum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS sentiasa mendukung idealogi ‘PAS for All’ serta menyokong komunikasi dan pemahaman antara kaum, bagi membina masyarakat harmoni.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali, berkata PAS adalah parti Islam yang sentiasa mendengar suara rakyat dan akan berusaha mengatasi permasalahan yang dihadapi.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional itu meyakinkan masyarakat ‘non-Muslim’ bahawa PAS akan berlaku adil kepada semua kaum tanpa membezakan agama dan budaya.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau akan sentiasa mendengar suara rakyat khususnya di kawasan Kapar dan akan berusaha sepenuhnya melindungi hak rakyat.

Baru-baru ini, beliau melawat Media Chinese International Ltd cawangan Klang bagi meraikan Tahun Baru Cina dengan kakitangan media.

Kunjungan tersebut disertai pegawai media Low Lee Leong dan pegawai khas pusat khidmat Adun Sementa, Alex Sher.

Dr. Halimah menghadiahkan hamper Chinese New Year kepada wakil media. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!