KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah laman web penstriman menjemput ‘Hot Daddy’ ke platform audio siar atau podcast mereka dikecam hebat orang ramai.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata majoriti rakyat tidak menerima dan marah kerana tindakan tersebut sebagai menormalisasikan kegiatan persundalan.
“Sesak dada apabila individu bermasalah diangkat sebagai tetamu audio siar dalam mempromosi diri dan kegiatan mungkar.
“Jenayah-jenayah seumpama ini perlu dicegah sebelum menjadi semakin parah,” katanya menerusi satu kenyataan di laman sosial beliau.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan agar serius dan tegas untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah.
“Namun, keseriusan dan ketegasan kerajaan tidak terlihat dalam kes Nik Elin yang mencabar 20 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang bakal diketahui keputusannya pada 9 Februari ini. Nauzubillahiminzalik.
“Justeru, saya mohon umat Islam mendoakan para hakim, peguam dan individu yang terlibat dalam perbicaraan kes ini diberikan kekuatan hujah, kelancaran lisan dan petunjuk hidayah daripada Allah SWT. Moga-moga Allah SWT bantu kita semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/2/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!