Kementerian perlu bertindak, ‘podcast’ berunsur lucah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru Kementerian Komunikasi segera mengambil tindakan kepada Bros Gang TV (BGTV) yang menganjurkan ‘podcast’ berunsur lucah dengan menjemput ‘Hot Daddy’ baru-baru ini.

- Advertisement -

Naib Presiden 2 GAMIS, Muhammad Aliif Dzulkifli berkata, tindakan BGTV menjemput ‘Hot Daddy’ atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan itu dianggap suatu tindakan promosi aktiviti tersebut.

Hasli Ikhwan, menurutnya telah didakwa di mahkamah atas tuduhan promosi persundalan dengan ramai wanita, namun telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes.

“Menjadi tanda tanya ramai rakyat Malaysia adalah, apakah sebenarnya agenda pihak penganjur menjemput orang sebegini di dalam ‘podcast’ mereka.

“Namun begitu, kami melihat pihak Bros Gang ini juga sering mengeluarkan content video yang tidak senonoh dan menjemput pihak-pihak yang mempunyai isu dan masalah bagi menarik lagi minat orang untuk menonton content mereka,” kata Aliif.

Ujarnya, Malaysia tidak perlu pempengaruh yang jadikan kandungan video yang berunsur lucah seperti itu kerana ia menjadikan anak muda semakin tenat dari sudut akhlak dan moral. – HARAKAHDAILY 7/2/2024

- Advertisement -