Tokoh gerakan Islam tanda kemantapan organisasi

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM: Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin berkata, tokoh-tokoh gerakan Islam yang berada dalam organisasi adalah di antara kekuatan perjuangan Islam.

- Advertisement -

Katanya ia juga tanda kemantapan organisasi perjuangan Islam antara jemaah yang didukungi PAS.

Beliau berkata, gabung jalin di antara orang muda yang penuh bersemangat dengan kebijaksanaan serta pengalaman golongan lama dalam PAS memantapkan lagi organisasi parti itu.

Katanya, inilah kekuatan perjuangan Islam yang ditambah dengan istiqamah As Sabiqun dan As Sabiqat.

“As Sabiqun dan As Sabiqat adalah kumpulan pejuang Islam paling ramai dalam PAS.

“Mereka yang berusia 55 tahun ke atas sudah boleh menjadi ahli As Sabiqun dan As Sabiqat sama ada sudah berdaftar atau belum berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian pejabat As Sabiqun PAS Johor di Markas PAS Kawasan Simpang Renggam, semalam.

Pejabat As Sabiqun PAS Johor telah dirasmikan oleh Pengerusi As Sabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr. Mahfudz Mohamed. – HARAKAHDAILY 6/2/2024

- Advertisement -