Pengorbanan guru PASTI tiada tandingan

Ustaz Muhammad Azmir Azizan
- Advertisement -

PADANG BESAR: Pengorbanan guru mendidik anak-anak di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sudah tentu tiada tandingan.

- Advertisement -

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata, pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru yang tidak jemu mendidik anak-anak.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan Rahmat Kurnia-Nya, Majlis Anugerah Prestasi Tahun 2024  untuk PASTI Darul Taqwa  dan PASTI Nurul Hayah  berlangsungkan dengan penuh gilang-gemilang.

“Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru PASTI di atas ilmu , usaha dan penat lelah yang dicurahkan dengan penuh kasih sayang kepada pelajar sehingga mereka menjadi hebat sehingga hari ini,”ujarnya.

Azmir berkata demikian ketika merasmikan majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri, di sini kelmarin.

Beliau mengakui PASTI juga tidak terkecuali dari menghadapi cabaran semakin lebih hebat dan mencabar.

“Namun saya tetap mendoakan pelajar-pelajar semua semoga berjaya dalam apa jua yang diusahakan demi menegakkan syiar Islam,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan itu lagi.

Turut hadir Pengarah PASTI negeri, Mustaqim Abdullah dan Pengerusi PASTI kawasan, Haniff Muhammad. – HARAKAHDAILY 6/2/2024

- Advertisement -