Tular kenderaan menteri ikuti rapat ambulans

Paparan yang tular dalam media sosial menunjukkan sebuah kenderaan dikhuatiri milik seorang menteri sedang mengikuti rapat di belakang sebuah ambulans di Perak.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tular sebuah kenderaan dikhuatiri milik seorang menteri yang dianggap sebagai memalukan apabila dipandu (kemungkinan oleh pemandunya) apabila mengikuti rapat ambulans ketika berlaku kesesakan jalan raya hingga ke Tapah akibat kemalangan lori gula di Simpang Pulai, Perak

Penganalisis politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, pandu di belakang ambulans merupakan kesalahan bawah Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa kepada penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM5,000.

- Advertisement -

“Aku tahulah Menteri sibuk tapi kalau dah tak sempat nak pergi program atau mesyuarat, kau batalkan sajalah atau minta orang lain gantikan. Kalau penting sangat minta PDRM hantar polis pengiring. Yang kau pergi ikut belakang ambulans apa ke hal? 

“Membahayakan pengguna jalan raya lain. Apatah lagi kejadian ni melibatkan Menteri yang sepatutnya menghormati undang-undang negara dan menunjukkan sikap yang baik. Memalukan!,” tempelaknya melalui media sosial miliknya pada hari ini.

“Jika kejadian sama berlaku di negara lain bukan kerana bangga menurutnya, Menterinya bertindak letak jawatan berbeza dengan negara ini kerana kebal dengan undang-undang.

“Bayangkan kalau rakyat awam yang buat kerja macam tu? Mesti dah kena tindakan. Tapi kau orang pun jangan harap sangat Menteri ni nak dikenakan tindakan.

“Kalau 47 kes pun boleh DNAA, apa sangat kes memandu ikut ambulan. Bak kata YB Sany Hamzan, ‘kerajaan kami, suka hati kamilah’,” kongsinya media sosial miliknya.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -