
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan AM Batalion 8 berjaya merampas kira-kira 200 liter minyak petrol dalam satu kejadian aktiviti penyelewengan barangan kawalan.
Kementerian Perdagangan dan Kepenggunaan (KPDN) Cawangan Tanah Merah dalam kenyataannya memaklumkan dalam tahanan yang dibuat itu membabitkan dua orang lelaki tempatan berusia 20 hingga 40 tahun.
Dalam serbuan itu juga, pihak berkuasa menyita dua buah kenderaan berpendaftaran tempatan yang dipercayai digunakan ketika melakukan kegiatan haram itu.
“Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tanah Merah, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
“Pihak PGA turut merampas sebanyak 200 liter minyak petrol disita bersama dua buah kenderaan berpendaftaran tempatan ketika mereka sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral yang disyaki melakukan penyelewengan barang kawalan.

“Bagaimanapun kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujar kenyataan itu lagi.
Justeru menurutnya, mana-mana pengguna boleh terus menyalurkan sebarang aduan sekiranya mendapati ada sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.
“Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui ? https://linktr.ee/kpdn,” kata kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 5/2/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!