Jangan mudah terpesona dengan ‘produk timbang kilo’ kosmetik

Pengguna kosmetik di Kelantan perlu berhati-hati memilih jenama kosmetik di pasaran. (FOTO HIASAN)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengguna kosmetik di negeri ini diingat berhati-hati memilih jenama kosmetik di pasaran.

Mereka juga diingatkan agar  tidak mudah terpesona dengan kaedah pengiklanan produk itu di media sosial yang mungkin ‘produk timbang kilo’ diperoleh dari negara lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, ini kerana ia  produk tersebut dikhuatiri telah menggunakan bahan kimia terlarang.

Menurut beliau, pengguna juga perlu peka kerana ada alat yang boleh menyemak bahan-bahan terlarang itu.

- Advertisement -

“Ada penjual produk dengan mudah mempromosikan kosmetik mereka kerana menggunakan kecanggihan peralatan serta mengedit video asal agar ia kelihatan cantik.

“Pengguna akan berasa teruja tanpa mengira kesan selepas penggunaannya yang akan merosakkan wajah,” katanya selepas merasmikan Program Cabaran Bio Tajmeel 2024 di Kota Bharu, di sini, hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau, usaha kerajaan negeri Kelantan melalui anak syarikatnya seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mencari seramai 20 peniaga kosmetik dalam usaha menutup ruang kepada ‘produk timbang kilo’.

Sekitar majlis perasmian Program Cabaran Bio Tajmeel 2024 di Kota Bharu, Kelantan pada hari ini, 5 Feb 2024.

“Program Cabaran Bio Tajmeel dilaksanakan dan bekerjasama dengan lebih ramai pemilik jenama kosmetik di negeri ini supaya pengguna terselamat menggunakan produk kecantikkan,” katanya lagi.

Tambah beliau, kesemua mereka akan menerima geran untuk menjadi usahawan dalam bidang kosmetik.

“Kita juga mempunyai saintis yang melakukan ujian makmal ke atas semua produk yang akan dikeluarkan dan memberi jaminan tiada bahan terlarang sebaliknya bersih, selamat dan halal, katanya.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -