Isu PANT: Cikgu Izzat diminta padamkan hantaran di medsos

Di sebalik kecoh isu penggunaan bahasa Inggeris di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PANT), bahasa Melayu dan Jawi sememangnya digunakan di perpustakaan tersebut.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PANT) ambil inisiatif penggunaan bahasa Inggeris hanyalah sebagai tambahan berikutan negeri itu adalah destinasi utama pelancongan negara.

Penganalisis politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff berharap pempengaruh, Cikgu Izzat Johari dapat memadamkan hantarannya di media sosial berkenaan isu penggunaan bahasa Inggeris di PANT tersebut.

- Advertisement -

“Kecoh kononnya Kerajaan Negeri Terengganu tak menghormati Bahasa Melayu dan menggunakan Bahasa Inggeris di bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu,” katanya di media sosial miliknya pada hari ini.

Menurutnya, beliau pernah menetap di Terengganu dan bawa anak-anaknya ke Perpustakaan tersebut setiap minggu, dan beliau sendiri saksikan Bahasa Melayu, Inggeris dan Jawi turut ada.

“Untuk pengetahuan semua, Negeri Terengganu adalah antara negeri mewajibkan penggunaan dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan jawi) dalam sebarang papan tanda, banting, billboard, banner dan poster,” tambahnya.

Harapan beliau dengan penjelasan tersebut akan membuka hati Cikgu Izzat bagi padam hantaran dia yang terdapat kekhilafan besar mengenai isu PANT tersebut.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -