Iran mulakan pembinaan reaktor nuklear keempat di Isfahan

Fasa kedua projek reaktor nuklear keempat Iran bermula pada hari ini, Isnin, 5 Feb 2024. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

TEHRAN: Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI)  mengumumkan bahawa Republik Islam telah memulakan pembinaan asas untuk reaktor nuklear buatan sendiri di pusat bandar Isfahan.

Mohammad Eslami berkata pada hari ini, Isnin (5 Feb) bahawa reaktor penyelidikan 10 megawatt di Isfahan akan menjadi reaktor nuklear keempat Iran di rantau itu

- Advertisement -

“Proses mereka bentuk dan membina reaktor memerlukan beberapa kajian terperinci, penyediaan dan reka bentuk peralatan,” katanya sambil menambah bahawa perancangan untuk reaktor baharu di Isfahan itutelah dimulakan tahun lepas lagi.

Tambah beliau, fasa kedua projek itu bermula pada Isnin dengan menuang konkrit untuk asas reaktor, lapor MNA.

Menurutnya, reaktor penyelidikan sedang dibina untuk mencipta sumber neutron berkuasa dengan fluks neutron tinggi untuk pelbagai aplikasi.

Eslami berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah merujuk kepada pusat penyelidikan nuklear di Isfahan sebagai salah satu kemudahan yang didedikasikan untuk objektif latihan, sambil menambah bahawa Iran menggunakan pusat itu untuk membantu pusat akademik Iran dan melatih sumber manusia.

Ketua AEOI  itu turut  melawat tapak nuklear Isfahan untuk menghadiri majlis perasmian unit untuk pengeluaran Tellurium hexafluoride (TeF6) yang merupakan radioisotop stabil yang digunakan untuk diagnostik dan terapeutik perubatan.  HARAKAHDAILY  5/2/2024

- Advertisement -