Kerajaan perlu tegas selesai isu Kampung Setia Jaya

Dato' Iskandar Abdul Samad
- Advertisement -

AMPANG: Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH), Dato’ Iskandar Abdul Samad, berpandangan kerajaan perlu menetapkan penyelesaian bagi penduduk Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Beliau menegaskan kerajaan tidak sewajarnya membiarkan pemilik tanah yang menentukan masa depan penduduk.

Pada 27 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dilaporkan oleh media berkata, pihaknya masih menunggu beberapa cadangan daripada Kolej Tunku Abdul Rahman berkenaan penyelesaian isu penempatan penduduk kampung tersebut.

Iskandar yang pernah menjadi  Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor dari 2008 hingga 2018, berkata, dalam banyak kes ketika pentadbiran Pakatan Rakyat, kerajaan negeri akan mencadangkan penyelesaian-penyelesaian.

Manakala REACH pula, kata beliau adalah sebuah badan bebas yang pemantau perkembangan isu-isu kemasyarakatan, perumahan dan perancangan.

Setiap keluarga, tegas beliau wajar menerima pampasan sebuah kediaman sekurang-kurangnya seluas 850 kaki persegi dan bernilai RM300,000 berdasarkan pengorbanan mereka membangunkan kampung tersebut sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Beliau yakin pemilik tanah mempunyai kemampuan kewangan dan boleh membangunkan sebahagian dari tanah mereka untuk membiayai pampasan bagi penduduk melalui konsep subsidi silang (cross-subsidy).

“Penduduk perlu terus berurusan dengan kerajaan agar segera menghasilkan satu penyelesaian kerana janji-janji politik tidak bermakna sehingga terdapat perjanjian hitam putih,” Iskandar mengingatkan penduduk. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -