Kemakmuran, keharmonian kaum jadi keutamaan PAS

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS akan terus mengutamakan kemakmuran dan keharmonian kaum kekal terpelihara dalam kehidupan masyarakat majmuk.

- Advertisement -

PAS juga sentiasa berkongsi kegembiraan dengan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Sabah, Sahar Abd Majid ketika ditemui dalam satu program ziarah institusi pendidikan dan media tempatan cina.

Program ziarah itu bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan baik dan berkongsi kegembiraan sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelma.

Menurutnya, setiap tahun PAS sentiasa mendampingi mereka dengan sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina sebagai budaya warisan mereka.

“Setiap tahun PAS sentiasa turun berjumpa dengan mereka sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka. Kerana itulah keindahan hidup masyarakat majmuk terutama di Sabah,” tambahnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan.

Hadir sama dalam ziarah tersebut ialah Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS Libaran, Zulkifli Mohammad dan Nasruddin Lahapin. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -